Thursday, July 31, 2008

Ke arah Dua Front (Pakatan Rakyat vs BN)

Saya rasa PAS telah mengambil keputusan yang betul, apabila memilih untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat dan menolak bekerjasama dengan UMNO.

PAS sebenarnya mempunyai obligasi moral untuk terus bekerjasama dengan PKR dan DAP, kerana kemenangan PAS dalam pilihanraya yang lalu, sebahagiannya adalah kerana sokongan orang bukan Melayu, dan sokongan itu diperolehi melalui pakatan antara PAS dengan PKR dan DAP.

Walaupun kita tahu, hubungan PAS dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat masih longgar dan rapoh, tetapi demi kepentingan bersama dan demi mencapai matlamat yang disepakati bersama, hubungan itu bukanlah tidak boleh dipereratkan.

Dalam hal ini, antara faktor yang menentukan ialah masa. Masa yang lebih panjang mungkin akan memberi mereka peluang untuk mengeratkan lagi hubungan itu.

Sementara itu, perbezaan ideologi antara PAS dan DAP khasnya, saya kira tidak harus dijadikan halangan untuk bekerjasama, jika masing-masing pihak boleh mengambil sikap
saling menghormati, dan mengambil sikap yang realistik dan pragmatik, jika keadaan memerlukan.

Memang PAS berjuang berdasarkan Islam dan mempunyai matlamat untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Akan tetapi, dalam masyarakat plural seperti Malaysia, di mana orang Melayu/Islam hanya kira-kira separuh daripada penduduknya, kemampuan PAS untuk mencapai matlamat itu ada batasnya, dan PAS perlu mengumpulkan "kekuatan" terlebih dahulu sebelum dapat menjadikan matlamat yang ideal itu satu realiti.

Sekiranya kewujudan Pakatan Rakyat dapat dikekalkan, ini akhirnya mungkin akan membawa kepada kewujudan dua front atau barisan sahaja dalam setiap pilihan raya yang akan datang, iaitu Pakatan Rakyat (yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP) dan Barisan Nasional (yang terdiri daripada UMNO dan parti lain yang bersekutu dengannya).

Perkembangan ini saya kira akan membawa kita ke satu era politik baru, iaitu politik dua front yang lebih stabil, dan mungkin kurang bersifat perkauman.

Perkermbangan ini, jika berlaku, tentu lebih baik daripada UMNO bergabung dengan PAS di satu pihak, dan parti-parti bukan Melayu bergabung sesama mereka di satu pihak lagi.

Walaupun faham perkauman tentunya tidak boleh dihilangkan dengan serta merta, akan tetapi jika wujud pertandingan antara dua front sahaja (Pakatan Rakyat lawan BN), faham perkauman itu mungkin dapat diminimumkan, dan tidak terlalu ditonjolkan.

Cara berpolitik seperti ini saya kira wajar dicuba dan diteruskan dalam sebuah negara dan masyarakat berbilang bangsa, berbilang agama dan berbilang budaya seperti Malaysia.

4 comments:

infogue said...

artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/ke_arah_dua_front_pakatan_rakyat_vs_bn_

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

CUCU TOK KEDU said...

Siapa sebenarnya Melayu? Dari mana Melayu? Ianya terdiri dari beberapa kelompok kaum yang mendiami beberapa kepulauan di nusantara terutamanya di Asia Tenggara! Adunan dari beberapa kaum yang tak perlu kon sebutkan ini membentuk bangsa Melayu!

Kalau tak salah kon (saya) MELAYU dalam bahasa Jawa bererti LARI!

Ertinya Bangsa Melayu adalah bangsa yang lari dari bangsa asal mereka melalui pengadunan (kasukan) dan penghijrahan ke Semenanjung Emas ini.

Maka di negara Malaysia ini akan wujud satu bangsa baru pula yang mana adunan (kacukan) jenerasi hari ini untuk melahirkan jenerari kedua akan datang!

Kebangsaan apakah yang akan diperjuangkan oleh anak-anak beberapa orang pemimpin UMNO nanti? Antaranya yang akan memberikan jawapan ialah anak-anak Musa Hitam, Shahril Samad, Mohammed Rahmat, malahan Abdullah Ahmad Badawi sendiri.

Oleh itu akan datang terbentuklah satu bangsa baru di negara ini hasil dari kacukan bangsa-bangsa di negara ini. Maka adalah tugas utama masa kini mula menyediakan wadah perjuangan yang lebih besar lagi untuk kepentingan jenerasi akan datang agar mereka tidak teraba-raba.

Memang berat tetapi ianya terpaksa dipikul bersama!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

hasipin66 said...

Hakikatnya bangsa Melayu merupakan pemilik pembentukan hampir secara total tentang sejarah Melayu dan pembentukan Malaysia.Bagi kami yang bukan bangsa Melayu berfikiran begitu,jika dilihat bagaimana pembentukan nama MALAYSIA
dalam bahsa Melayu pula ialah MELAYUSIA.
Walau bagaimanapun kami masih bersyukur kerana masih dirangkumkan dalam istilah RUMPUN MELAYU.

Musallam said...

Salam,

Sdr. sudah tentu telah ikuti perkembangan terakhir.

Abdullah dijangka akan letak jawatan Mac 2009.Najib akan jadi pengganti PM.

Semua MT UMNO (termasuk Muhyiddin)nampaknya bukan main gembira.

Saya tidak tahu apakah implikasi pilitiknya?