Saturday, August 9, 2008

Bermuzakarah: mesti betul "caranya"

Saya baru saja membaca sedutan ucapan Haji Hadi Awang ketika merasmikan Konvensyen PAS Perak pada 26 Julai 2008 di Ipoh dalam Harakah keluaran 8-14 Ogos 2008.

Sedut ucapan itu diberi tajuk, " Kebijaksaaan perlu dalam mendepani cabaran semasa"

Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah kenyataan Haji Hadi bahawa PAS telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan UMNO, kerana Quran telah memerintahkan mereka berbuat demikian, dengan merujuk kepada Surah Anfal ayat 61-63 yang bermaksud:

" Dan sekiranya mereka cenderung untuk berdamai dengan kamu maka hendaklah kamu menerima kecenderungan itu dan bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan sekiranya mereka menipu kamu maka cukuplah Allah yang memelihara kamu dengan pertolongan dan dukungan daripada-Nya dan orang yang beriman.Allahlah yang menjinakkan hati-hati mereka, kalau kamu membelanjakan seluruh harta yang ada di muka bumi ini, kamu tidak dapat menjinakkkan hati-hati mereka. Allahlah yang menjinakkan hati-hati mereka."

Memang sudah sewajarnya Haji Hadi dan PAS menunaikan perintah Allah, dan itulah yang sebaik-baiknya.

Akan tetapi, bermuzakarah dengan UMNO adalah "urusan politik", dan tentu ada caranya, sesuai dengan tajuk sedutan ucapan beliau bahawa "kebijaksanaan adalah perlu" dalam menangani hal tersebut.

Dengan perkataan lain, dalam urusan politik, PAS perlu menggunakan "kebijaksanaan berpolitik" dan bukan bertindak secara naif.

Walaupun ada perintah Allah bahawa kita patut bermuzakarah dengan orang yang ingin "berdamai" dengan kita, tetapi muzakarah itu tentu tidak perlu diadakan dengan tergesa-gesa dan secara sembunyi-sembunyi pula, sehingga terpaksa dinafikan pada mulanya.

Yang tidak kurang pentingnya, kita patut juga menyiasat terlebih dahulu apakah UMNO benar-benar ingin "berdamai", ataupun hanya mencari helah untuk memerangkap kita.

Juga tidak kurang pentingnya, PAS patut memberitahu rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat ( PKR dan DAP) terlebih dahulu, supaya tindakannya bertemu dan berunding dengan UMNO itu tidak dicurigai dan disalahfahami.

Apabila PAS bertemu dan berbincang dengan UMNO secara sembunyi-sembunyi dan tergesa-gesa, dan tidak mengkaji kemungkinan UMNO hanya ingin memerangkap PAS dan bukan betul-betul untuk "berdamai", dan PAS tidak memberitahu rakannya dalam Pakatan Rakyat terlebih dahulu, tidaklah terlihat kebijaksanaan pemimpin PAS menangani isu tersebut.

Walaupun Haji Haji mendakwa PAS berunding atau bermuzakarah dengan UMNO sebagai menunaikan perintah Allah, tetapi cara beliau bertindak jelas tidaklah bijaksana, kalaupun tidak boleh dikatakan agak naif.

12 comments:

ANAK BAPAK said...

salam

terima kasih atas kunjungan dan komen tuan dalam blog saya..saya sendiri masih belum ada masa nak posting atikel baru kerana kesibukan kerja..

sumandak bayu said...

Rasanya PAS dah buat perbincangan kot dengan Pakatan Rakyat kalo tak nape dua parti ni senyam ja bila tau PAS bermuzakarah dengan UMNO.

Syabas jugak lad kat pemimpin atasan PAS menyahut seruan untuk bermuzakarah demi melihat kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Saya pun terharu jugak bila demontrasi orang Malayu dan Islam berhimpun bagi memastikan Forum Memuluk Islam anjuran Majlis Peguam dibatalkan.

Dengan tak mengira ideologi politik kita bersatu demi agama dan bangsa tercinta. TAHNIAH saya ucapkan orang Sabah cakap inilah baru saudara ndak peduli dengan perbezaan pendapat baik politik, sosial mahupun ekonomi.

http://www.sumandakbayu.blogspot.com

Aspirasi said...

Apa yang penting ialah.. langkah awal telah pun disusun....

Langkah ini sangat baik.. khasnya dalam keadaan kaum bukan Melayu menekan orang Melayu...

azmi yusof said...

assalamulaikum..
terima kasih atas kesudian memberi komen di dalam blog saya..cuma nak selitkan tentang AUKU...saya setuju dengan pendapat saudara..cuma pada pandangan saya, janganlah keseluruhan AUKU iti dihapuskan.banyak juga yang baik didalamnya..soal disiplin..soal kehidupan di kampus..perkara perkara seperti itu patut kita lihat secara positif..selamat berblog..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

marilah tengok otai komen. Hidup tok guru!

UMNO PARTI PENJARA said...

Kita memang patut bermaaf2an selalu :)

Bukan masa raya je ;)


JEMPUT MASUK KE THREAD FORUM SAYA ;)

LAYARI http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Cheguman said...

Saya tidak tahu helah dan muslihat org lain. Saya tiada maklumat tentang itu. Yang saya tahu 'pertemuan' itu (kalau guna istilah Arab takut silap) bukan diatur oleh UMNO pada asalnya. Sekurang-kurangnya lebih drpd satu kumpulan yg bertungkus lumus cuba menjayakannya. Sekurang-kurangnya saya yakin bahawa saya dan sahabat2 saya yg bukan org politik tidak mewakili UMNO atau PAS. Saya percaya beberapa kumpulan lain juga begitu. Jika ada anggapan bahawa kami dipergunakan, terpulanglah. Setakat itu usaha yg kami mampu. Rasanya tak salah 'dipergunakan' dalam keadaan tindakan kami memang dituntut oleh Islam. Jika usaha tersebut berjaya, kami dapat '2' dan jika gagal kami dapat '1'. Tak rugi, kan?

Wallahu'alam.

kawaii_desu said...

salam ziarah...

apa2 pun yg penting melayu perlu bersatu...
bila bersatu kaum lagi satu mula gundah gulana

UMNO PARTI PENJARA said...

merdeka!! bersatulah bangsaku :-)


Erm...Ada cerita menarik ;-)

http://pro-faizal.blogspot.com
http://teampemudaumno.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS kena keluar pakatan Jahat.

kalau tak PAS kena tempias orang Melayu dan kemungkinan beginilah PAS akan hilang Kelantan yang dia pegang selama ini

UMNO PARTI PENJARA said...

INFO TERKINI:

FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD

RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Nasionalis said...

Kalau blog ini sudah lebih serius di kendalikan, sila peringat untuk disenarai.

Tq