Saturday, December 27, 2008

Hukum hudud: Samy Vellu pun tumpang semangkuk?

Adakah Anwar Ibrahim perlu menyatakan pendiriannya tentang hukum hudud?

Nampaknya bukan pemimpin DAP saja yang mahu Anwar berbuat demikian. Dalam perkembangan terakhir, S.Samy Vellu, Presiden MIC pun mahu Anwar berbuat demikian juga.

Adakah Samy Vellu mahu memerangkap Anwar seperti Khairy Jamaluddin dikatakan memerangkap Husam Musa? Saya tidak tahu.

Akan tetapi, Samy Vellu tentu ada motif tertentu mengapa dia berbuat demikian.

Mungkin dia mengharapkan orang-orang India akan menarik sokongan mereka daripada PKR dan Anwar, jika Anwar menyatakan dia menyokong hudud, kerana orang-orang India seperti Samy Vellu tentu tidak mahu menyokong hudud.

Bagaimanapun, saya kira, jika Anwar memberi penjelasan, penjelasannya mungkin sama saja seperti penjelasan pemimpin PAS, iaitu sebagai seorang Islam dia tentu akan menyokong hudud. Akan tetapi, hukum hudud tentu tidak akan dilaksanakan tanpa persetujuan majoriti rakyat Malatysia, termasuk orang bukan Melayu.

Jadi hukum hudud boleh dibincangkan dan digembar-gemburkan, tapi kemungkinan ia akan dilaksanakan sebenarnya masih jauh dan terlalu jauh, dan mungkin tidak akan dilaksanakan sampai bila-bila.

Adakah Samy Vellu akan berpuas hati?

2 comments:

abdrahim kassim said...

Gagak Dirimba,
Kalau UMNO percaya hudud itu wajib, MIC,MCA,Gerakan dan DAP tidak akan berani menentang hudud.

Jiwa Merdeka said...

Adakah UMNO pernah menyatakan hendak melaksanakan hukum hudud?
Rasanya tidak pernah.

Di manakah tanggungjawab UMNO sebagai parti orang Islam?