Friday, December 26, 2008

Khir Toyo mahu mansuhkan PPSMI?

Sekiranya Khir Toyo masih merupakan seorang Menteri Besar yang berkuasa, cadangan beliau supaya PPSMI dimansuhkan tentu akan menarik perhatian ramai.

Beliau tentu akan disanjung sebagai seorang pemimpin besar UMNO yang betul-betul kasihkan bahasa Melayu, yang mahu mengembalikan mertabat bahasa Melayu dan yang mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Akan tetapi, beliau nampaknya hanya berani mengeluarkan cadangan itu setelah beliau tidak berkuasa, dan ketika beliau mencalonkan diri untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Adakah cadangan beliau itu akan memberi beliau sedikit keuntungan dari segi mendapatkan sokongan untuk menduduki jawatan Ketua Pemuda UMNO, saya tidak tahu.

Tapi saya kira cadangan beliau itu tentulah tidak diberi perhatian sangat, kerana mungkin hanya merupakan taktik beliau untuk mendapatkan sokongan, dan sudah terlambat jika beliau serius mahu PPSMI itu dimansuhkan.

2 comments:

Jiwa Merdeka said...

Khir Toyo sepatutnya menentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik ketika beliau masih berkuasa dahulu -- bukan sekarang.

Sekarang sudah terlmbat. Bahasa Melayu sudah semakin terpinggir kerana kesalahan dasar kerajaan sendiri.

UMNO PARTI PENJARA said...

Hisyam bila nak bagi keputusan ni :-(










(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com